Jumaat, 17 Disember 2010

10 cadangan praktikal untuk bapa

SEBAHAGIAN besar daripada kita mungkin biasa dengan senario di mana anak-anak lebih rapat dan mesra dengan ibu mereka berbanding bapa.
Keadaan ini berlaku kerana terdapat segelintir daripada kita yang memandang ringan terhadap tugas dan tanggung jawab seorang lelaki terhadap bayinya.
Sedangkan, peranan seorang bapa dalam kehidupan anak sebenarnya sama besar dengan peranan seorang ibu.
Untuk mengelak perkara itu berlaku, ibu bapa mungkin boleh mengambil panduan 10 cadangan di bawah untuk memudahkan dialog antara bapa dengan anaknya.

1. Ibu perlu memberi bapa ruang interaksi dengan bayi sejak peringkat awal kelahiran lagi. Bapa boleh turut sama dalam penjagaan bayi seperti menukar lampin, memandikan bayi, membawanya bersiar-siar, memberinya minum susu dan sebagainya. Segala perbuatan itu harus diiringi kata-kata lembut dan senyuman kepada bayi.

2. Permainan penting dalam interaksi bapa dengan anak yang sedang membesar. Tidak seperti ibu, bapa lebih terdorong mengadakan permainan bertenaga dan sukar dijangka yang menyeronokkan anak-anak. Ibu pula tidak seharusnya menghalang permainan seumpama itu hanya kerana kaedahnya sedikit berbeza dengan lazimnya.

3. Berkomunikasi dengan anak di tempat-tempat awam seperti zoo atau taman riadah.
4. Bapa yang sering berkomunikasi dengan anak-anak kecil akan menjadi figura penting dalam dunia anaknya.

Pada mulanya, kelakuan bapa akan menjadi model kepada anak untuk membentuk tingkah lakunya sendiri kelak. Lebihkan dialog dan interaksi untuk pembangunan mental anak yang sihat.

5. Golongan dewasa yang menjaga anak kecil perlu menjaga tingkah laku sendiri. Kadangkala ibu bapa berpendapat bahawa sebarang kawalan terhadap perbuatan anak-anak akan membantutkan kreativiti dan kebergantungan terhadap diri sendiri.
Sebahagian lagi yakin bahawa anak kecil perlu menjaga kelakuannya dalam setiap perkara seperti orang dewasa sehingga mengawal dan mengehadkan tingkah laku mereka.
Arahan ibu bapa tidak seharusnya melangkaui logik akal sebaliknya perlu menumpukan pada keselamatan, kebergantungan diri dan aktiviti kreatif.

6. Adalah penting untuk menunjukkan anak-anak mengenai tuntutan munasabah agar mereka faham apa yang diharapkan daripada mereka dan cuba tekankan berulang kali.

7. Elak menggunakan kekerasan atau ugutan tanpa justifikasi terhadap perilaku anak-anak. Ia dikhuatiri akan membentuk sikap ganas dalam diri anak dari segi perwatakan, berniat jahat, kejam dan degil.

8. Kutukan, kecaman dan larangan perlu digunakan dengan berhati-hati. Celaan terhadap aspek personaliti anak langsung tidak boleh diterima sebaliknya tujukan kepada perbuatan yang dilakukannya.
Contohnya, jangan berkata 'kamu jahat' sebaliknya katakan 'perbuatan itu jahat'. Selepas menjelaskan bahawa perbuatan tersebut dilarang, adalah penting untuk menunjukkan anak contoh yang positif.

9. Puji kejayaan anak. Jika sesuatu itu mustahil untuk anak, bantu dia menangani kesukaran, beri sokongan dan biarkan dia merasai kejayaan sendiri. Tidak perlu memuji anak untuk kegagalan mereka kerana ia boleh mewujudkan perasaan rendah diri. Harapan terhadap pencapaian anak perlu sesuai dengan keputusan yang dicapainya.

10. Paling penting sekali, sayangi anak sebaik-baiknya dan jangan biarkan dia lupa mengenai kasih sayang itu.

Segugus kyuho untuk cikgu

Semuanya siap sedia!
Saujana mata memandang. Hijau dan menyegarkan. Pekerja-pekerja sibuk melakukan tugasan masing-masing dengan penuh tanggungjawab.
“Encik Mustaffa, apa lagi yang perlu dilakukan?” tanya Ranjita pembantu peribadi Mustaffa, tuan punya ladang yang akan dirasmikan pagi itu.
“Saya sedang memikirkan orang yang saya jemput untuk merasmikan ladang ini. Adakah dia akan datang?” kata Mustaffa sambil bercekak pinggang. Ada sedikit kerisauan dalam nada suaranya. Matanya tetap mengimbau saujana kehijauan ladang anggur, seluas 200 hektar miliknya itu.
“Saya rasa, kalau Encik Mustaffa jemput Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani pun beliau pasti datang. Ladang Encik ini luar biasa! Ini ladang anggur komersial yang pertama di negara ini,” kata Ranjita sungguh- sungguh memberikan cadangan. Gadis berketurunan India berkelulusan dalam bidang hortikultur di sebuah universiti tempatan itu memang senang bekerja di ladang Segar Manis milik Mustaffa.
“Tapi..., rasa-rasanya terlalu tinggi untuk menjemput Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Ladang ini bukannya besar sangat. Lagipun waktunya sudah hampir benar,” jelas Mustaffa dengan panjang lebar. Matanya masih memandang kejauhan, kehijauan.
“Siapakah yang Encik jemput?” Ranjita ingin tahu. Walaupun tugasnya sebagai pembantu peribadi Mustaffa, kali ini dia sendiri tidak mengetahui keputusan majikannya. Mustaffa seolah-olah mahu berahsia pula. Soalan Ranjita tidak dijawabnya.
Wakil-wakil media cetak dan wartawan stesen-stesen televisyen tempatan mula mengerumuni Mustaffa untuk mencungkil rahsia kejayaan anak muda itu. Dalam mengagumi detik permulaan kejayaan itu, Mustaffa terbayang masa lalu yang menjadi sejarah hidupnya. Sejarah yang mencetuskan titik permulaan semua kejayaan itu?
Kenangannya mengimbau ke denai-denai waktu yang pernah dilaluinya. Dulu, ketika di sekolah, bidang pertanian bukanlah pilihannya. Benci amat dia jika disuruh berkebun, biarpun waktu itu dia terpaksa mengambil mata pelajaran Sains Pertanian.
“Mana Mustaffa?” Tanya Cikgu Tan kepada ahli-ahli kelas Tingkatan 3 Emas. Guru mata pelajaran Sains Pertanian itu tahu benar akan kerenah anak muridnya yang seorang itu. Setiap kali giliran Cikgu Tan masuk ke kelas, pasti dia akan bertanya tentang Mustaffa.
“Dia tak masuk kelas, Cikgu!” jawab salah seorang rakannya. Kali ini entah kali yang ke berapa Mustaffa tidak masuk ke kelas. Setiap kali itu juga Cikgu Tan tidak pernah jemu- jemu untuk mencari. Kadang-kadang dengan bantuan rakan-rakan sekelas Mustaffa mereka akan mencari ke tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan remaja belasan tahun itu.
“Saya tak minat Sains Pertanian Cikgu..!!” ujar Mustaffa tanpa berselindung. Kalau dulu ada-ada sahaja alasan yang diberikan. Kini dia sudah jemu diburu oleh Cikgu Tan. Dia tidak mahu berselindung lagi.
“Saya tak suruh kamu minat! Saya mahu kamu belajar sahaja,” jawab Cikgu Tan, seolah-olah tidak ada lagi pujukan yang mahu diberikan kepada Mustaffa. Dia tahu Mustaffa datang dari keluarga yang berada. Bapanya seorang ahli perniagaan yang ternama di bandar itu. Dia sahaja anak lelaki dalam keluarga kaya Datuk Zaki. Tidak keterlaluan jika dikatakan Mustaffa bakal mewarisi kekayaan bapanya suatu hari nanti.
Sekali lagi Mustaffa tewas dengan pujukan gurunya. Dia kembali ke kelas dengan berat hati. Berhadapan dengan Cikgu Tan menjadikan hatinya mudah mengalah. Sikap guru mata pelajaran Sains Pertaniannya yang tidak berputus asa itu menjadikan dia tidak dapat mengelak lagi. Sekurang-kurangnya untuk kali ini.
Daripada gelagatnya, memang Mustaffa tidak berminat dengan mata pelajaran Sains Pertanian. Apatah lagi jika Cikgu Tan mengajak anak-anak muridnya turun ke ladang. Wajah Mustaffa akan berubah. Langkahnya ke ladang di hujung padang sekolah itu nampak janggal. Kertas tisu dibawa untuk mengelap kasutnya yang dipenuhi bunga rumput dan lumpur.
Sains Pertanian
“Sudahlah Mus! Kau duduk sajalah kat atas bangunan sana…!” sindir kawan-kawannya. Ternyata Mustaffa memang tidak selesa dengan kerja amali Sains Pertanian. Terjengket-jengket dia berjalan mengelak rerumputan yang berbunga, pohon semalu, dan bunga kemuncup yang mencucuk dan melekat di kaki seluarnya.
Selepas setiap kali sesi kerja amali tamat, Mustaffa akan mengambil banyak masa membersih kasut dari kesan tanah, mencabut kemuncup, dan mengelap bunga rumput yang melekat di kasut dan kaki seluar. Sambil merungut-rungut seorang diri dia mengibas- ngibas semua kekotoran yang sangat menjijikkannya itu.
“Benci betul aku dengan keadaan kotor macam ni…!” rungut Mustaffa seorang diri.
Cikgu Tan hanya memerhatikan gelagat anak muridnya yang seorang itu. Dia sudah faham benar dengan perangai Mustaffa. Dia tidak menyalahkan Mustaffa. Barangkali Mustaffa tidak pernah disuruh oleh bapanya untuk bekerja di ladang. Datuk Zaki seorang usahawan yang berjaya. Dia menceburi pelbagai sektor perniagaan. Dia memiliki syarikat pembinaan yang melaksanakan projek perumahan berjuta-juta ringgit nilainya. Dia juga mempunyai rangkaian perniagaan di peringkat multinasional
“Bagaimanakah Encik Mustaffa mula terlibat dengan penanaman anggur ini?” tanya wartawan sebuah stesen televisyen. Soalan itu mematikan terus lamunan Mustaffa. Kenangannya ketika belajar di sebuah sekolah menengah di kampung kelahirannya lenyap sekelip mata.
“Saya mahu menyahut seruan kerajaan. Slogan “Pertanian Adalah Perniagaan” sangat menarik minat saya. Golongan muda, siswazah kini perlu mengubah persepsi terhadap pertanian. Pertanian kini sumber pendapatan yang lumayan jika dijalankan secara sistematik dan berbantukan teknologi,” jawab Mustaffa dengan penuh keyakinan, walaupun sebetulnya Mustaffa menyembunyikan sumber kejayaannya yang sebenar.
“Adakah iklim dan tanah-tanih negara kita sesuai untuk penanaman anggur?” soalan demi soalan diajukan kepada Mustaffa. Wartawan yang berduyun-duyun itu berminat benar untuk mengetengahkan kejayaan
“Pada hakikatnya, faktor iklim dan tanah yang membolehkan anggur tumbuh seperti di Thailand. Di negara itu terdapat kira-kira 2,717.9 hektar ladang anggur. Kawasan Ratchaburi dan Samut Sakhon ada persamaan dengan iklim di negara kita. Jadi, sudah tentu tanah dan iklim di sini juga sesuai untuk tanaman anggur!” jawab Mustaffa penuh karisma.
“Bolehkah Encik Mustaffa ceritakan spesies-spesies anggur yang ditanam di ladang Segar Manis ini?” kini soalan wartawan menjurus ke arah jenis-jenis anggur yang ditanam.
“Buat masa ini saya menanam beberapa spesies yang sama seperti yang terdapat di Thailand. Antaranya White Malaga, Cardinal, Kyuho, Beauty Seedless, Chenin Blanc, Shiraz, Early Muscat, Carolina Black Rose, dan macam-macam lagi. Secara peribadi, saya amat menyukai spesies Kyuho. Rasanya manis sekali!!” jawab Mustaffa sambil mengingat nama-nama spesies anggur yang ditanam.
“Adakah klon Eropah ditanam di ladang ini?” wartawan terus menyogok Mustaffa soalan demi soalan.
“Tidak! Maksud saya belum dicuba. Saya tertarik dengan beberapa spesies Eropah. Misalnya Cardinal, iaitu kacukan Flame Tokay dengan Ribier, saiznya besar berwarna merah tua. Tidak ada biji. Yang lain saya sedang mengkaji kesesuaian spesies Italia Muscat, Perlette Seedless, Queen, Red Globe, Red Malaga, Thomson Seedless, dan macam-macam lagi,” Mustaffa menjawab dengan wajah selambanya.
“Dari Amerika?!”
“Saya juga berminat dengan spesies Amerika kerana anggur di sana terkenal dengan jolokan slipskin. Kulitnya mudah tanggal dari isinya. Misalnya jenis Concord sangat wangi baunya. Delaware pula agak kecil berwarna merah jambu dan lembut isinya. Saya juga akan mencuba spesies Niagara, Steuben, dan lain-lain,” jawapan Mustaffa membuktikan dia kini serius dalam usahanya mengusahakan ladang anggur.
“Encik Mustaffa menggunakan teknik semaian yang mana satu?” wartawan itu sudah bersedia dengan siri-siri soalan yang akan diajukan kepada Mustaffa.
“Bagi saya, teknik keratan adalah yang terbaik dan yang saya gunakan di ladang ini. Kaedah semaian teknik keratan lebih mudah, proses pembesaran yang cepat, menghasilkan buah yang berkualiti, sesuai dengan cuaca dan tidak memerlukan kos pengeluaran yang tinggi.” Mustaffa pula cukup bersedia dengan jawapan-jawapan konkrit bagi menjawab semua soalan.
“Boleh saya tahu berapa lama pokok anggur boleh hidup,” tanya wartawan itu lagi.
“Jangka hayat pokok yang menggunakan teknik keratan juga lebih panjang hingga boleh menjangkau 80 tahun.” Balas Mustaffa tanpa ragu-ragu. Dia nampaknya sudah mahir benar dengan selok-belok penanaman anggur. Jika tidak, dia pasti tidak yakin dengan jawapannya.
“Apakah faktor yang memungkinkan Encik Mustaffa berjaya dalam bidang ini?” soal wartawan itu lagi. Soalan itu terus mengembalikan kenangan lama Mustaffa sekali lagi. Setiap kali ditanya tentang kejayaan, keazaman, kesungguhan, kenangan zaman sekolah terus tertayang di layar mindanya. Zaman persekolahan yang indah membawa perubahan pada dirinya. Perubahan yang membentuk jati dirinya. Setiap kali itu juga watak yang sering hadir dalam adegan kenangan itu tetap orang yang sama. Orang itulah yang mengubah segala-galanya. Siapakah lagi kalau bukan Cikgu Tan Lian Tong, guru mata pelajaran Sains Pertaniannya semasa di sekolah dahulu. Kenangannya terhadap guru itu kini berbunga kembali.
“Saya tak minat berkebun, Cikgu!” Mustaffa mengaku punca masalahnya tidak menyukai mata pelajaran yang diajarkan oleh Cikgu Tan.
“Ini bukan soal minat, tak minat. Kamu murid saya. Sebagai guru saya bertanggungjawab mengajar mata pelajaran yang diamanahkan kepada saya. Saya perlu mengajar semua murid, seorang pun tidak terkecuali, termasuk kamu!” balas Cikgu Tan, lembut tetapi tegas.
“Cikgu nak suruh saya berkebun dewasa nanti. Cikgu nak suruh saya tanam kangkung, tanam jagung??” Mustaffa tetap bertahan dengan pendiriannya.
“Kalau kamu tak mahu tanam kangkung, tanam jagung, barangkali kamu boleh tanam anggur!!” jawab Cikgu Tan sambil tersenyum, separuh bergurau.
“Ahhh, mustahil!” jawab Mustaffa spontan.
“Mustaffa, dalam hidup ini, selagi kita ada kemahuan, ada keyakinan, tidak ada sesuatu pun yang mustahil,” Cikgu Tan menyuntik semangat kepada anak muridnya yang pesimis itu.
Berubah fikiran
Akan tetapi kegigihan Cikgu Tan mengajar menjadikan dia berubah fikiran. Cikgu Tan tidak pernah jemu. Pujukan dan dedikasi Cikgu Tan telah menyebabkan Mustaffa lulus dengan cemerlang dalam mata pelajaran tersebut. Minatnya terhadap pertanian mula membugar selepas itu. Hasilnya, dia melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang pertanian. Malah rakan-rakannya terkejut dengan perubahan itu.
Tambahan pula selepas dia menamatkan pengajian, kegawatan ekonomi menyerang negara-negara Asia. Perniagaan bapanya merudum teruk. Akhirnya empayar perniagaan Datuk Zaki terpaksa menerima hakikat bahawa kemelesetan ekonomi telah menyebabkan perniagaannya terbantut. Malah Datuk Zaki mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Mustaffa terpaksa memikirkan cara-cara untuk mengembalikan kehidupan mereka sekeluarga seadanya, sementelah dia seorang anak lelaki dalam keluarga itu.
Ketika di kampunglah, Mustaffa mendapati banyak kawasan tanah terbiar yang tidak diusahakan. Anak-anak muda kampung sudah tidak ada lagi. Mereka lebih gemar bekerja di kilang-kilang di bandar. Ketika itulah juga dia teringat akan kata-kata Cikgu Tan lebih sepuluh tahun yang lalu.
“Saya mahu mengubah pandangan masyarakat. Pertama saya ingin mengubah pandangan bahawa anggur tidak boleh ditanam di negara ini. Kedua remaja kita terutama lepasan universiti terlalu bergantung untuk bekerja dalam sektor awam dan swasta. Mereka sepatutnya cuba untuk bekerja sendiri. Kerajaan telah menyediakan pendidikan yang terbaik. Janganlah sia-siakan ilmu yang dipelajari. Ketiga saya ingin mengubah pandangan teman-teman saya, bahawa pertanian ialah bidang yang lumayan jika diusahakan dengan serius. Selama ini mereka tidak yakin dengan potensi bidang pertanian. Mereka lebih rela makan gaji daripada bertani, biar bekerja kilang sekalipun. Saya terbaca bahawa sekarang ini terdapat lebih kurang 30,000 orang graduan menganggur. Golongan ini perlu mengubah paradigma,” kata Mustaffa sebaik sahaja kenangannya hilang.
Memang benar kata Mustaffa. Siswazah hari ini perlu menganjak paradigma mereka. Era makan gaji sudah berlalu. Mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan.
Isu siswazah menganggur telah menjadi isu negara selepas zaman kemelesetan. Setiap hari ada-ada sahaja berita tentang masalah siswazah menganggur. Isu ini juga dibincangkan di parlimen. Namun jalan penyelesaiannya belum ada yang untuk berkesan menangani masalah ini.
Pada pandangan Mustaffa, siswazah itu sendiri yang perlu mengubah nasibnya. Mereka tidak boleh terlalu manja dan dimanjakan. Mereka boleh menceburkan diri dalam bidang perniagaan, sementelah perniagaan merupakan sumber rezeki yang utama.
Jika tidak berniaga, siswazah boleh menjadi usahawan dalam bidang-bidang yang menjanjikan pendapat lumayan. Banyak sudah bukti yang menunjukkan siswazah yang bekerja sendiri mampu memperoleh kekayaan.
Banyak perkara yang boleh dilakukan. Mereka boleh bertani secara moden. Menanam tanaman yang komersial, menternak ikan atau udang, mengusahakan industri kampung, menceburi perniagaan landskap, dan macam- macam lagi. Kerajaan menyediakan berbagai- bagai kemudahan dan subsidi dalam bidang pertanian.
“Apakah masalah besar yang Encik Mustaffa hadapi dalam melaksanakan usaha penanaman anggur ini?” soalan wartawan membawa Mustaffa kembali ke dunia nyata.
“Kawasan ini bekas sawah terbiar. Jadi jenis tanahnya ialah tanah liat. Pembajaannya perlu mengikut spesifikasi yang betul. Misalnya sebelum dibuat pemangkasan, ammonium sulfat, urea atau baja lengkap hendaklah digunakan pada nisbah 15:15:15. Setiap pokok memerlukan antara 200 hingga 300 gram setiap bulan. Dua bulan sebelum masa pemangkasan baja pada kadar 9:25:25 ditabur. Sebaik sahaja mula berputik, baja lengkap pada nisbah 15:15:15 digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan buah. Akhirnya sebaik sahaja buah mula bertukar warna, sebulan sebelum penuaian baja lengkap 13:13:21 atau 9:25:25 ditabur untuk menjamin mutu buah yang dituai itu berkualiti,” jawab Mustaffa dengan panjang lebar. Dengan jawapan itu jelas Mustaffa memang mendalami bidangnya. Bidang yang dibencinya suatu ketika dahulu.
Masa berlalu pantas. Sesi wawancara selesai sudah. Di pentas yang terletak di pinggir ladang, semuanya sudah bersedia. Para jemputan sudah mengambil tempat. Hadirin yang datang tidak habis-habis teruja melihat buah anggur pelbagai spesies bergayutan di ladang yang melaut luasnya.
“Encik Mustaffa, bilakah kita hendak mulakan majlis? Nampaknya semua sudah bersedia..!” Ranjita ingin mendapatkan kepastian.
“Tunggu sekejap! Saya sedang menanti orang yang akan merasmikan majlis ini,” jawab Mustaffa.
“Siapa...!!??” tanya Ranjita tidak sabar. Sejak berhari-hari yang lalu dia ingin mendapat kepastian tentang perkara itu. Akan tetapi Mustaffa tidak memberitahunya.
Sebuah kereta Proton Saga biru tiba-tiba berhenti di muka jalan ke arah ladang. Kemudian seorang lelaki Cina, berwajah lembut dan berpakaian kemas turun dari kereta itu. Dengan tidak membuang masa, Mustaffa bergegas mendapatkan lelaki itu. Paluan kompang tiba-tiba memecah kesunyian. Semua hadirin tercengang-cengang. Mereka tertinjau-tinjau ingin melihat orang kenamaan yang akan merasmikan majlis pembukaan ladang anggur milik Mustaffa itu.
Akhirnya teka-teki itu terjawab. Dalam ucapannya, Mustaffa memperkenalkan Cikgu Tan Lian Tong, bekas guru Sains Pertaniannya semasa di sekolah dahulu.
Cikgu Tan dijemput menyampaikan ucapan. Namun Cikgu Tan tiba-tiba sebak, tidak mampu berucap panjang. Ketika dia memotong reben perasmian, terbukalah kain pemidang yang tertulis “Segugus Kyuho Untuk Cikgu”. Ketika itu juga Mustaffa menghadiahkan segugus buah anggur hitam dari spesies Kyuho untuk bekas guru Sains Pertaniannya, Cikgu Tan Lian Tong.
“Terima kasih, Cikgu! Cikgu telah mengubah persepsi saya tentang kehidupan..!!" Mustaffa memeluk erat bekas gurunya. Suasana menjadi senyap seketika. Perasaan hiba membauri hening pagi di ladang itu

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Teks ini saya buat untuk Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah saya. Bolehlah buat panduan bagi sesiapa yang ditugaskan menjadi pengacara majlis.. Bukanlah bagus sangat.. tapi bolehlah.. cuma edit lah untuk kesesuaian.



TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPBS 2010

Mengumumkan ketibaan pegawai Jabatan Pelajaran Perlis Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.
Pagi yang indah penuh ceria.
hari yang berbahagia penuh bermakna
kita raikan,
Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.Jabatan Pelajaran Negeri.Perlis
Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S).
Yang Dihormati En. Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1,
Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.
Guru-guru SKPBS, murid-murid,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010.
Saya Ustaz Zuraimy B. Ali dan

saya Puan Noranizah Omar,
akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri


Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.



Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Khairul Hakimi B. Ismail. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Khairul Hakimi B. Ismail atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S) atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S) untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Ucapan terima kasih kepada Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S) atas ucapan tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi seisi 2010. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********(Ucapan JPN )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid pra sekolah SKPBS yang bertajuk “Kitaran Hidup Rama-Rama”. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi pelajar terbaik bagi tahap 1.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Hajjah Rokiah Binti Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S). mengiringi Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.


(1)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap 1)

Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Pra sekolah;
Pemilihan anugerah pra sekolah adalah berdasarkan pencapaian akademik yg cemerlang, sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2 kepimpinan yg baik dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.

Tempat pertama: Hanis Idayu binti. Hashar
Tempat kedua : Nur Anis Shahida binti Harizan
Tempat ketiga : Nur Ain Hidayah binti. Mohd. Fauzi

Kelas 1 ARIF
Tempat pertama: Intan Syazwani binti. Nordin
Tempat kedua : Amisha binti. Japperi
Tempat ketiga : Bashirah Balqis binti. Hamdan

Kelas 1 BESTARI
Tempat pertama: 1. Muhammad Haiqal Furqan b.Rosly
Tempat kedua : Nur Fatin Nadirah binti. Aznan
Tempat ketiga : Amirul Hafiz b. Hamizan

Kelas 2 ARIF
Tempat pertama: Aisyah Humaira binti. Syahar
Tempat kedua : Muhd. Adha Ashraffi b. Mohd.Arif
Tempat ketiga : Fatin Athirah binti.Mohd.Tarmizi

Kelas 2 BESTARI
Tempat pertama: Muhd.Asyraf b. Abd. Aziz
Tempat kedua : Muhd. Aqil b. Herwandi
Tempat ketiga : Nor Syazwan Fikri b. Abdul Raman

Kelas 3 ARIF
Tempat pertama: Farah Adibah binti.Mohd. Tarmizi
Tempat kedua : Fathin Nadia binti. Jamil
Tempat ketiga : Nurmisha Maisarah binti. Yazid

Kelas 3 BESTARI
Tempat pertama: Siti Nur Alia Natasha binti. Jafri
Tempat kedua : Ana Natsha binti. Amir Hamzah
Tempat ketiga : Muhd.Daniel b.Mohd. Norsham

Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:
Murid Tahun 1:
NurBalqisSyazwani binti.Norhisyam (BM Pmhman, Pen Muzik)
Intan Syazwani binti. Nordin (BM Pmhman, Bm Penulisan, BIng, Sains P.Agama Islam)
Intan Juliana binti. Johari(BM Penulisan, PJK)
Danish Daniel b. Zambri (BM pemahaman, Matematik)
Muhd.Haiqal Furqan b.Rosly (BM penulisan)
Muhd.Hanif b.Nordin (BM penulisan)
Muhd.Hairi b. Abd.Rahman (BM penulisan)
Nurul Najihah binti.Rahimi(BM penulisan)
Amisha binti. Japperi(BM penulisan, Bahasa Arab)
Ain Nur Fitrah binti.Nabillah (BM penulisan)
Suraya Mohd Fazli (PJK)

Tahun 2
Fatin Athirah binti. Md.Tarmizi (BM Pemhman, BI, Sains ,P. Muzik)
Nurul Natasha binti Zainon(BM Penulisan, B. Arab)
Aisyah Humaira binti. Syahar(BM penulisan, BI, Matematik.
Aisyah Humaira binti. Syahar (BM Penulisan, BI, Matematik)
Nur Anisha binti.ShafeqMohamad (B.Ing)
Hidayah binti. Hashim (P. Agama Islam, PJK)
Mohd.Adha Ashraffi b.Mohd Arif (P agama Islam, Pend Muzik)
Muhd.Danial Haikal b. Norpendi (P.muzik)

Tahun 3
Farah Adibah binti.Md.Tarmizi (BM Pemahaman, BI, Matematik)
Nurmisha Maisarah binti.Yazid (BM Pemahaman, B. Arab)
Fathin Nadia binti. Jamil (BM Penulisan, Sains, Pend Muzik)
Muhd.Iffan b. Ahmad Basri (P. Agama Islam)
NurAqilah binti. Azman (PJK)
Nuraina Shafika binti Rahmad (P.Muzik)


(~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~)
Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Hassan B Hashim kerana telah sudi hadir dan menyerikan acara ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2010’ pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha PuanHajjah Rokiah Bt Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S) bagi menyempurnakan agenda.

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Hassan B Hashim .Dengan ini majlis berhenti rehat . Yg BerusahaTuan Haji Hassan B Hashim diiringi oleh Puan Guru Besar, Pen Kanan 1, PK Hem dan semua guru ke kantin untuk menjamu selera. Warga dewan dan majlis rehat selama 20 minit. Warga dewan dikehendaki masuk semula pada ...................................................



**************(rehat)

Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati persembahan nasyid yang bertajuk “Damai Yang Hilang” Nasyid ini dipersembahkan oleh murid Tahun 5 Arif, di bawah bimbingan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********(persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Persembahan yang sungguh menyusuk kalbu.

Pergi sekolah seawal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah, bagi meraikan ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang’ Sekolah KebangsaanPadang Besar SelatanTahun 2010. Hari ini, tanggal 11 November 2010, warga dewan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah seterusnya.
Bagi meneruskan majlis, anak-anak pra sekolah akan tampil ke atas pentas untuk menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu “Mini Konvokesyen”. Untuk menyempurnakan majlis, dijemput Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan tampil ke pentas.
Murid-murid pra sekolah yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat awal persekolahan ialah :

********(Lampiran) (2)***********(Mini Konvokesyen)


Terima kasih diucapkan kepada Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan untuk penyampaian sijil itu tadi.

Dari kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Untuk meneruskan majlis , kita akan diperdengarkan dengan tiupan rekoder oleh murid tahun 6 di bawah pimpinan guru muzik SKPBS Pn. Azlina bt. Mohamed.Tajuk lagu yang akan dipersembahan ialah Sejahtera Malaysia dan Tanya sama hati..

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan rekoder)

Terima kasih kepada murid-murid Tahap 2 yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,
Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan dan dalam kokurikulum.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik tahap dua bagi tahun 4 &5 dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran. Majlis menjemput Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud untuk menyempurnakan majlis.

(3)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 4&5
Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Kelas 4 Arif
Tempat pertama: Intan Suraya bt. Johari
Tempat kedua : Muhd.Redza b. Mohd. Rodzi
Tempat ketiga : Nurshafini bt. Zainol

Kelas 4 Bestari
Tempat pertama: Hanesya Hezanea bt. Hafifi
Tempat kedua : Muhd. Faizal B. Abdullah
Tempat ketiga : Muhd.Asyraf b. Mohd. Zamberi

Kelas 5 Arif
Tempat pertama: Nurul Nasuha bt. Nazri
Tempat kedua : Nursyazwani bt. Shahidan
Tempat ketiga : Siti Aishah bt. Hakimi

Kelas 5 Bestari
Tempat pertama: Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. Wahab
Tempat kedua : Nur Hidayah bt. Yusnizal
Tempat ketiga : Noor Atikah bt. Noor Shahidin

Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:
Tahun 4:

Nur Atikah bt. Yusof (BM Pemahaman)
Intan Suraya bt. Johari(BM Penulisan, PJK, Pen. Muzik)
Nur Athirah Nadira bt Norpendi( BM penulisan, Pend Agama Islam, B Arab, PSKW)
Ain Nur Nadira bt. Shurizan ((B. Inggeris)
Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan ( Sains, Matematik)
Nur Azlin bt. Azizan (PSKW)
Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KH,idup K. Tempatan)
Muhd. Nur Afifi b. Roslan (KHidup)
Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KHidup, K. Tmptan)
Aiman Hakim b. Jaafar(K. Tmptan)



Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun :
Tahun 5:

NurSyazwani bt. Shahidan
( BM Pnulisan, BM Pmham, Matematik, Sains, Pen Agama Islam, Pjk, Pskw)

Nurul Nasuha bt. Nazri
(B.I, Pend Agama Islam, Pjk, Pend Muzik, Pskw, K. Hidup, K.tmptan)

Siti Aishah bt. Hakimi (Pend. Islam)
Nur Shahirah bt. Halim (PJK)


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik mengikut kelas dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran bagi murid tahun 6. Majlis menjemput Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S). untuk menyempurnakan majlis diiringi oleh Puan Hajjah Rokiah Bt. Ismail guru besar SKPBS.

(4)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua)
Tahun 6.
Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas
Kelas 6 Arif
Tempat pertama: Muhd. Alif Ajwad b. Azis
Tempat kedua : Nur Nasha Najeeha bt. Rozain
Tempat ketiga : Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri
Kelas 6 Bestari
Tempat pertama: Siti Nur Asyura bt. Nazri
Tempat kedua : Nurul Shafika bt. Norhan
Tempat ketiga : Noor Earliza bt. Ismail

Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun Tahun 6:
Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri (BM Pmhman. Pend Agama Islam, PJK, K. Tmptan)
Muhd. Alif Ajwad b. Azis (BM Penulisan, Matematik, Sains, PJK, Pskw)
Nur Nasha Najeeha bt. Rozain (BI, Matematik,PJK, K. Hidup)
Muhd.Zaki Zamani b. Zakaria (P. Islam)
NurJazmina bt. Mohd. Fazli (P. Islam, PJK)
Nor Shafira Idris (Muzik , PJK)

Berikut ialah murid yang mendapat markah tertinggi dalam m/ pljrn PJK:

Nur Farhana bt. Rahimi
Junaidah Juliza Farahana bt. Jantan
Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi
Ain Nur Iman bt. Shurizan
Nur Affika bt. Zabree
Nur Awatif bt. Azizan
Siti Haida Amira bt. Mazri
Nur Aiyani bt. Sidik
Nur Zetty Farhanim bt. Zambri
Nur Shahira Sharif
Nur Hidayah bt. Nordin
Hanif b. Abd. Wahab
Izman Arif b. Azizan
Rafiziamirun b. Sazali
Muhd. Farif Aiman b.Yusof
Mohd Saiful Nizam B. Rosli.

Bagi murid tahun 6 mereka akan meninggalkan SKPBS, Banyak jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan. Untuk itu sekolah berbesar hati untuk menghargai pengorbanan yg diberikan dengan pemberian sijil. Bagi penerima sijil penghargaan tersebut ialah:

*************(Lampiran)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG SKPBS atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.


Untuk meneruskan majlis, kita akan mendengar alunan lagu nasyid yang bertajuk “Keluarga Bahagia”. Kumpulan nasyid ini juga adalah pimpinan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Majlis mempersilakan.

**************(Persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Warga dewan sekalian,
Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang.
Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan dan mengawal disiplin sekolah, mempraktikkan budaya membaca melalui Penganugerahan Sijil Nilam dan beberapa anugerah khas yang lain.
Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis pada petang ini berbesar hati mempersilakan Pn Hajjah Rokiah B. Ismail guru besar SKPBS untuk tampil ke pentas bagi acara yang seterusnya iaitu anugerah khas kecemerlangan tokoh murid. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


(5)*************(Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid).
Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid

Ketua Pengawas – Muhd. Alif Ajwad b. azis
Pen. Ketua Pengawas - Nur Nasha Najeeha bt. Rozain

Ketua Pengawas Perpustakaan – Hanif b. abd. Wahab
Pen. Ketua Pengawas Perpustakaan - Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi

Tokoh NILAM Tahap 1 – Farah Adibah bt. Mohd. Tarmizi
Tahap 2 – Nur Edryana Alyssa bt. Zaidi

Kecemerlangan UPKK - Muhd. Alif Ajwad b. Azis
Hadirin sekalian,
Pada tahun 2009, Seorang murid telah berjaya mencatat kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (U.P.S.R). Oleh yang demikian, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan murid bertuah ini untuk menerima anugerah atas kejayaan mengharumkan nama sekolah. Murid ini juga telah berjaya mendapat tempat belajar yang selesa iaitu di Sek. Men Sains Tuanku Syed Putra. Dijemput Siti Norizah bt Salahudin Khan tampil ke atas pentas. Semoga kejayaan yang lebih bermakna akan diperolehi pada masa depan

Kategori pemilihan bagi cemerlang kokurikulum adalah berdasarkan penyertaan dalam bidang sukan dan permainan.

Di jemput Rafiziamirun b. Sazali Adik Rafiziamirun telah menyertai bola sepak dan lompat tinggi di peringkat daerah. Manakala bagi peringkat sekolah pula Rafizi menyertai bola tampar, sepak takraw, lompat pagar dan lari 4X2oom.

Dijemput Noor Earliza bt. Ismail . Noor Earliza telah menyertai lontar peluru mewakili negeri manakala bolatampar, bola jarring, bola baling, lari 100m, 4x100m, 4x 200m dan lompat tinggi bagi peringkat sekolah.

Di jemput Nur Nasha Najeeha bt. Rozain. Nur Nasha Najeeha telah menunjukkan prestasi yang konsisten dari tahun 1 hingga tahun 6

Penerima Hadiah Kedatangan Penuh.
Prasekolah – Hanis Idayu bt. Hashar
2 Arif - Muhd. Danial Haikal b. Norpendi
2 Bestari - Muhd. Asyraf b. Abd. Aziz
4 Arif - Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan
- Nur Athirah Nadhira bt. Norpendi
5 Arif - Hazwani bt. Halim
- Nur Husnina bt. Hassan
5 Bestari - Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. Wahab
6 Arif - Muhd. Farif Aiman b. yusof
- Nur Awatif bt. Azizan
- Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi
- Nur Nasha Najeeha bt. Rozain
- Nor Shafira bt. Idris
6 Bestari - NorKhairul Azman b. Zailani
- Farah Nur Fakhira bt. Rozali

Murid ini ialah anak tunggal kepada sepasang suami isteri yang tinggal di Kpg Kurung Tengar.Ayahnya seorang petani dan ibunya seorang surirumah. Seorang anak yang baik, taat kepada kedua ibubapanya. Murid ini adalah menjadi harapan keluarga dan sememangnya beliau sudah pandai berdikari sejak usia muda lagi.

Murid ini sering mendapat tempat pertama dalam kelas bermula dari tahun 1 hinggalah kini.Beliau pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al-quran, kuiz agama,…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Murid yang sentiasa mengukirkan senyuman walaupun sedang dimarahi oleh guru.Memandang wajah dan mengajar murid ini membuatkan guru ingin mengajar 1000 tahun lagi.Beliau telah berjaya mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan UPKK tahun 2009. Beliau juga menyandang jawatan ketua pengawas . Murid yang yang dimaksudkan dan dinobatkan sebagai tokoh murid bagi tahun 2010 ialah Muhammad Alif Ajwad B. Azis.
Dijemput Muhd Alif Ajwad B. Azis bersama-sama ibu bapa tersayang tampil ke pentas untuk menerima cenderahati dan sijil daripada pihak sekolah.


Adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi role model kepada murid-murid yang lain...insyaAllah

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....

Pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini, guru besar Pn Hajjah Rokiah B. Ismail berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada semua staf SKPBS 2010. Justeru, adalah menjadi harapan supaya semua staf dan warga pendidik sekolah ini menjadikan penghargaan ini sebagai tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri sendiri dan seterusnya kepada para pelajar untuk prestasi dan melonjakkan kecemerlangan SKPBS.


*************lampiran Senarai Nama Guru dan Staff.

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian wabillahi taufik..................

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

TEKS PENGACARA MAJLIS 
“KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI”
SEMPENA PERSARAAN TUAN HJ MAWARDI

Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS,.
BismilLahir Rahmanir Rahim .  Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S). Yang Dihormati En. Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1,  Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.
Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS,.
Seterusnya,  murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan ,Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS



Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati



Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:  
Ustaz Zuraimy B. Ali.  Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Zuraimy atas bacaan doa itu tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai PK Ko-kurikulum SKPBS

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid Muhd Alif Ajwad Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Muhd Alif Ajwad atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan wakil guru En. Mohammad Saghir B. Mahmud, ntuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada  En. Mohammad Saghir B. Mahmud, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Berusaha Pn Hajjah Rokiah B. Ismail untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,



Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak  jalan
Selagi hayat dikandung badan



Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan sajak  oleh Adik Abadiah dan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman PK Ko-kurikulum SKPBS

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan sajak dan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan. Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat memberi sumber inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.

Buah mengkudu buah bidara
Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman PK Ko-kurikulum SKPBS.  Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman atas ucapan itu tadi.



Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat



Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada murid Tahun 4 A yang akan menyampaikan nasyid yang bertajuk  Buatmu Guru. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
 
Demikianlah  tadi persembahan nasyid  yang sungguh syahdu  penampilan  persembahan yang cukup istimewa.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa, persembahan daripada murid tahun 5A. Dengan segala hormatnya di persilakan.

Begitu bersahaja murid-murid anak didik Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman melakonkan  watak guru kesayangan mereka.

Persemabahan seterusnya ialah persembahan pantun khas ditujukan untuk Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman Dengan segala hormatnya di persilakan.

Demikianlah  tadi persembahan pantun yang mencuit rasa dan menjadi ingatan untuk kita semua.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu  Tuan Haji Mawardi  B. Othman

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Puan Hjjh Rokiah B. Ismail,untuk mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah ,kelas 1 Arif, 1 Bestari, 2 Arif, 2 Bestari, 3 Arif, 3 Bestari, 4 Arif, 4 Bestari, 5 Arif, 5 Bestari, 6 Arif, dan 6 Bestari

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Pn Hjjh Rokiah Bt Ismail  untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru  dan Kakitangan SKBPBS.

Sekarang kita jemput Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman
 
Sekarang kita jemput wakil pekerja untuk menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman’
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha En. Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.



Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan



Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.


Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.

Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat yang diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman.



Assalamualaikum pembuka bicara
Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram pagi yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa

        CikguMawardi panggilan mesra
         Guru veteran yang banyak berjasa
          Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
          Tiga dekad begitulah lama

Dari muda hingga berusia
Menjalankan tugas dengan  setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semua 

            Kini sudah tibanya masa
           Berundur Cikgu Mawardi kerana bersara
          Hilanglah permata yang berharga
          Hilang seri hilang cahaya

  Sudah biasa kita dengari
  patah tumbuh hilang berganti
  namun tak sama guru yang ini
  Tak mungkin ada galang ganti

Kenangan manis kekal selamanya
Jasamu cikgu  tak mungkin dilupa
Pemergianmu cikgu kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya

          Sampai di sini seloka kami
         Tidak berakhir hubungan ini
           Silaturahim  terus terpatri
          Biarpun cikgu Mawardi  tiada di sisi

Ampun dan maaf kami pinta
Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami  sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

            Semoga cikgu Mawardi sihat sejahtera
           Menyusuri hari-hari yang ceria
          Di samping beribadat pada yang Esa
          Moga dilindungi Allah sentiasa.



Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan upacara menanam pokok sebagai tanda ingatan  kita yang tidak akan luput terhadap yang diraikan Tuan Haji Mawardi  B. Othman di SKPBS ini ,

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.


Khamis, 16 Disember 2010

Catatan buat sahabat yang ke sayangi...


Setiap hari aku memerhatikan ayat-ayat itu…ayat-ayat memberiku semangat…Biarpun beratus-ratus buku motivasi ku baca, namun ayat-ayat itu lebih bersemangat dan mengajarku seribu erti…aku bukanlah seorang hafiz, hanya sebagai pemerhati semata…Pun begitu, inginku sampaikan dan berkongsi bersama kalian sebagai ingatan kita bersama…

Sahabatku,

Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah…biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tat kala bumi ditimpa hujan…


Sahabatku yang ku kenali,
Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu sebagai ingatan kita bersama…
Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah…
Ayat-ayat yang diturunan olehNya kepada junjungan besar untuk disampaikan…
“Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran : 58.

Sahabatku yang ku kasihi,
Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…
Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar dikau menjadi seorang yang tabah…
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11

“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.

Sahabatku yang ku rindui,
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1


Sahabatku,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7


Sahabatku yang ku kasihi,
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.

Sahabatku,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah, biarpun seringkali jua aku tersungkur…ingin ku sampaikan untuk dirimu agar mampu bersama-sama untuk melangkah pergi…terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat, namun hanya sekadar ini sahaja yang mampu ku sampaikan sebagai tanda ingatanku untukmu…

JAUHI DARIPADA BURUK SANGKA

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk

Orang beribadah
disangka riak
Orang yang relax
disangka malas
Orang yang pakai baju baru
disangka menunjuk 

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut


Orang baik
disangka buruk
Orang buruk
disangka baik
Orang senyum
disangka mengejek

Orang masam
disangka merajuk
Orang bermuzakarah
disangka mengumpat
Orang diam
disangka sombong 

Orang menawan
disangka pakai susuk
Orang nampak ceria
disangka membela

mana tahu
yang diam itu
kerana
berzikir kepada Allah

mana tahu
yang senyum itu
kerana
bersedekah 

mana tahu
yang masam itu
kerana
mengenangkan dosa

mana tahu
yang menawan itu
kerana
bersih hati dan mindanya


mana tahu
yang ceria itu
kerana
cergas tubuhnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya
kayu dimakan api…

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan
yang boleh kita  buat.                                   
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu”                                    

Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.